Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

Kuliah subuh: Husnul khatimah

Tanda - Tanda Atau Ciri-Ciri Orang Yang Mati Husnul Khatimah بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم K husnul Khatimah  secara bahasa bisa diartikan dengan akhir yang baik ( happy ending ). Yakni saat bersiap menghadapi Sang Khalik dirinya dalam keadaan Iman dan banyak melakukan aneka amal  shaleh . Atau dengan kata lain,  Husnul khatimah merupakan suatu kondisi yang mana seorang hamba diberi  taufiq  oleh Allah Ta’ala sebelum datangnya kematian untuk  meninggalkan  segala macam perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah Ta’ala, dan ia diberi  taufik  oleh Allah ta’ala untuk bertaubat dari segala dosa dan maksiat dan bersegera melakukan ketaatan dan perbuatan baik, kemudian dia menutup usianya diatas kebaikan . Anas bin Malik  radhiyallahu ‘anhu, berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: إذا أراد الله بعبد خيرا استعمله فقيل كيف يستعمله يا رسول الله ؟ قال يوفقه لعمل صالح قبل الم...

Sambutan 10 muharam, ceramah khas asyura oleh imam masjid kubang kerian.

HARI ASYURA 1. KEISTIMEWAAN HARI ASYURA hari Asyura bererti hari ke sepuloh dalam bahasa Arab. Hari Asyura ini dikaitkan dengan beberapa peristiwa penting dalam sejarah umat Islam, contohnya hari di mana Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israel daripada Firaun dan musuh-musuh mereka. Dalam sebuah hadis menyebutkan: Rasulullah S.A.W datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: “Apakah ini ?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu Baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka Baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu . (Riwayat al-Bukhari) 2. HUKUM & KELEBIHAN BERPUASA PADA HARI ASYURA Hukum berpuasa pada Hari Asyura adalah sunat Terdapat nas yang menceritakan kelebihan berpuasa pada 1...