Skip to main content
Tandatangan memorandum masjid kembar antara Masjid Al Abrar dengan Masjid Hongbujie, Xi'an, China

Alhamdulillah tertaut sudah hubungan antara Masjid Hongbujie, Xian, China dengan Masjid Al Abrar dengan termeterainya MoU Masjid Berkembar yang ditandatangani oleh Imam Hj. Ismail Liu Xi'an (Imam Masjid Hongbujie, Xian) dan Tn. Hj. Mohd. Yuzakky (Imam Tua Masjid Al Abrar). Majlis ini berlangsung hasil kerjasama PERKIM Cwgn Teras Kubang Kerian & Yayasan Al Khairiah Malaysia. Imam Hj. Ismail Liu sempat menyampaikan tazkirah khas dalam bahasa Arab dan diterjemah oleh Tn. Imam Tua. Beliau juga menjemput saf pengurusan masjid & para jemaah untuk berkunjung ke Xian. Majlis malam ini turut diisi dengan Majlis Solat Hajat Khas utk anak² mukim yang akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan haji, Majlis Tahlil Arwah dan diakhiri dengan Jamuan Pulut Durian Special...

Comments

Popular posts from this blog

Majlis berkhatan masjid pauh sembilan 2018

 Pendaftaran  Taklimat dari tuan iman masjid pauh sembilan  Upacara mandi Selamat berkhatan

Korban Perdana Masjid Al Abrar

Sabtu 13 Zulhijjah - Selesai dgn jayanya Majlis Korban Perdana. Tiga ekor lembu dikorbankan dan seramai 100 orang asnaf menerima sumbangan daging korban manakala petugas seramai 30 orang lelaki & 15 orang muslimah juga menerima manfaat yang sama. Jamuan tengahari mengakhiri majlis yang bersejarah ini. Terima kasih kepada semua penyumbang, tahun depan kita korban lagi.

Aktiviti mingguan : Majlis Bacaan Yassin & Tahlil

Majlis membaca yasin  Kanak-kanak yang membaca yasin menerima duit mengikut pakaian yang di pakai.