Skip to main content

Majlis penyerahan peralatan ICT MAIK



IMAM KOMPUTER
IMAM Tua Masjid Al-Abrar, Mohd. Yuzakky Mohd. Yusoff (kiri) memerima set komputer daripada Dr. Mohd. Azlan Abdul Hadi di Masjid al-Abrar Pauh Sembilan, Bachok, Kelantan
BACHOK 5 Dis. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyalurkan sumbangan sebanyak RM500, 000 setiap tahun kepada semua masjid dalam usaha meningkatkan fungsi rumah Allah itu kepada orang ramai.
Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr. Nik Mohd. Azlan Abdul Hadi berkata, peruntukan itu melibatkan peralatan komputer bagi pembangunan Teknologi Maklumat (ICT), Sistem Asas Multimedia dan pemasangan kamera litar tertutup bagi keselamatan masjid.
Beliau bagaimanapun berkata, sumbangan peralatan yang disalurkan adalah berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pengurusan masjid.
“Kecemerlangan sesebuah masjid bergantung sepenuhnya kepada perancangan bijak, kesepakatan serta ukhuwah antara Imam, Ahli Jawatankuasa masjid dan anak mukim merencanakan aktiviti secara kreatif dan aktif.
“Fungsi masjid perlu merentasi arus modenisasi sezaman dan bukan sekadar tempat untuk beribadat. Masjid perlu berjaya menjadi pusat pendidikan dan institusi ummah yang aktif,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis penyerahan peralatan ICT MAIK kepada Masjid al-Abrar Pauh Sembilan, dekat sini, petang semalam.
Mohd. Azlan berkata, pengurusan masjid perlu merentasi keperluan semasa termasuk meningkatkan fungsinya melahirkan cendikiawan Islam dalam kalangan penduduk setempat.
Menurutnya, setakat ini lebih 30 masjid di negeri ini dibangunkan dengan kemudahan ICT yang memberi kemudahan kepada aktivis setempat berdakwah menggunakan gajet dan peralatan komunikasi moden.
“MAIK juga turut menyediakan peruntukan sebanyak RM120, 000 setiap tahun bagi pelaksanaan program ‘English At The Mosque’ bagi membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris.
“Program mempelajari bahasa Inggeris akan ditingkatkan pada masa akan datang dan MAIK akan memikirkan pendekatan agar bahasa Cina, Tamil dan lain-lain turut dipelajari dalam konteks kepentingan untuk menyebarkan dakwah dalam skop yang global,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

Majlis berkhatan masjid pauh sembilan 2018

 Pendaftaran  Taklimat dari tuan iman masjid pauh sembilan  Upacara mandi Selamat berkhatan

Anak Angkat Al Abrar mengikuti Program Sayangi Al Quran

  Anak2 Angkat Al Abrar mengikuti Program Sayangi Al Quran di Masjid Al Abrar Kg.Pauh Sembilan ,Tawang Bachok Kelantan الحمدلله والشكرلله.... Genap setahun Anak2 Angkat Al Abrar mengikuti Program Sayangi Al Quran di Masjid Al Abrar Kg.Pauh Sembilan ,Tawang Bachok Kelantan.Terima Kasih kepada Imam Tua Af Ustaz Tn.Hj. Mohd Yuzakky kerana sentiasa memberi sokongan bagi mencapai MISI " DAKWAH TARBIAH KEBAJIKAN . Terima Kasih kepada Guru Al Quran Pn Hjh. Nik Mahroni Nik Muhammad kerana tidak jemu2 dgn kerenah ank2 angkat Al Abrar dlm mencurah ilmu Al Quran kepada mereka. Terima Kasih yang tidak terhingga kpd Datin Rashidah Majid krn memberi sumbangan utk membeli Jubah Putih kpd ank2 angkat itu.Tkasih yg tidak terhingga juga kpd Penyumbang2 bagi keberlangsungan secara berterusan terhadap Program Sayangi Al Quran Al Abrar. Semoga Allah limpahkn Rahmah atas Infak kalian semua.Doakan Mereka Ank2 Angkat Al Abrar yg mngikuti Program ini  menjadi ank Soleh dan Solehah setrus...