Skip to main content
Tandatangan memorandum masjid kembar antara Masjid Al Abrar dengan Masjid Hongbujie, Xi'an, China

Alhamdulillah tertaut sudah hubungan antara Masjid Hongbujie, Xian, China dengan Masjid Al Abrar dengan termeterainya MoU Masjid Berkembar yang ditandatangani oleh Imam Hj. Ismail Liu Xi'an (Imam Masjid Hongbujie, Xian) dan Tn. Hj. Mohd. Yuzakky (Imam Tua Masjid Al Abrar). Majlis ini berlangsung hasil kerjasama PERKIM Cwgn Teras Kubang Kerian & Yayasan Al Khairiah Malaysia. Imam Hj. Ismail Liu sempat menyampaikan tazkirah khas dalam bahasa Arab dan diterjemah oleh Tn. Imam Tua. Beliau juga menjemput saf pengurusan masjid & para jemaah untuk berkunjung ke Xian. Majlis malam ini turut diisi dengan Majlis Solat Hajat Khas utk anak² mukim yang akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan haji, Majlis Tahlil Arwah dan diakhiri dengan Jamuan Pulut Durian Special...

Comments

Popular posts from this blog

Majlis berkhatan masjid pauh sembilan 2018

 Pendaftaran  Taklimat dari tuan iman masjid pauh sembilan  Upacara mandi Selamat berkhatan

Lawatan Panel Penilai Masjid Terbaik Peringkat Negeri Kelantan Sempena Maal Hijrah 1440.

30 Ogos - Lawatan Panel Penilai Masjid Terbaik Peringkat Negeri Kelantan Sempena Maal Hijrah 1440.

Majlis penyerahan peralatan ICT MAIK

IMAM Tua Masjid Al-Abrar, Mohd. Yuzakky Mohd. Yusoff (kiri) memerima set komputer daripada Dr. Mohd. Azlan Abdul Hadi di Masjid al-Abrar Pauh Sembilan, Bachok, Kelantan BACHOK 5 Dis. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyalurkan sumbangan sebanyak RM500, 000 setiap tahun kepada semua masjid dalam usaha meningkatkan fungsi rumah Allah itu kepada orang ramai. Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr. Nik Mohd. Azlan Abdul Hadi berkata, peruntukan itu melibatkan peralatan komputer bagi pembangunan Teknologi Maklumat (ICT), Sistem Asas Multimedia dan pemasangan kamera litar tertutup bagi keselamatan masjid. Beliau bagaimanapun berkata, sumbangan peralatan yang disalurkan adalah berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pengurusan masjid. “Kecemerlangan sesebuah masjid bergantung sepenuhnya kepada perancangan bijak, kesepakatan serta ukhuwah antara Imam, Ahli Jawatankuasa masjid dan anak mukim merencanakan aktiviti secara kreatif dan ...